Pages

Tuesday 28 March 2017

Set Kehamilan Shaklee

Salam sejahtera buat pembaca semua.

Kehamilan adalah satu berita yang menggembirakan bagi pasangan yang sudah berkhawin tidak kira lah kehamilan anak pertama, kedua, atau seterusnya. Yela siapa tidak gembira kan bila orang baru akan datang di dalam hidup kita.☺

Namun melalui proses kehamilan bukanlah semudah yang disangkakan kerana penjagaan kesihatan amat lah penting sepanjang waktu proses kehamilan. Bacaan darah kena cukup, kolestrol kena normal, tekanan darah harus normal, pemakanan harus seimbang bagi melengkapkan nutrisi bukan hanya untuk si ibu malah juga untuk si bayi. Pendek kata segalanya harus berasa di peringkat normal dan untuk mendapatkan segalanya normal haruslah diikuti dengan usaha si ibu.

Pada yang sudah mengalaminya pasti tahu yang mana si ibu akan diberikan vitamin dan ubat tambah darah untuk bekalan setiap hari agar segalanya berada di peringkat normal. Ada yang makan apa yang di berikan dari klinik dan ada juga yang makan suplemen dari luar. Sesetengah ibu berikhtiar melalui suplemen luar kerana mereka tidak mendapat keputusan yang memuaskan daripada vitamin dan ubat yang diberikan dari pihak klinik.

Begitu juga saya dan saya memilih untuk mengambil suplemen Shaklee sebagai vitamin harian saya di sepanjang kehamilan kedua ini. Set kehamilan ini merupakan set kegemaran saya kerana ia banyak membantu dalam mencapai bacaan normal setiap kali saya buat pemeriksaan di klinik.


Ini lah set yang banyak membantu saya sepanjang hamil anak kedua.

Apakah manfaat setiap suplemen ini untuk ibu hamil?



1. Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
- ESP merupakan sumber protein yang di ekstrak dari soya. Protein amat penting buat ibu hamil kerana protein merupakan makanan sel dalam tubuh manusia. Protein berfungsi untuk mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu dalam badan. Protein juga membantu mengawal keseimbangan bendalir dan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
- ESP juga membantu ibu hamil untuk kekal bertenaga sehingga berjam-jam lamanya. Selain itu ESP juga membantu ibu hamil mendapat kesan yang optimum daripada pengambilan vitamin-vitamin yang lain. ESP juga memberikan kesan yang lebih baik buat kulit si ibu untuk kelihatan lebih gebu, anjal, dan licin.


2. B-Complex
- B-Complex lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B-Complex juga merupakan vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu badan akan terhasil dengan lebih baik.
- Selain itu juga B-Complex mempunyai acid folic yang mana amat diperlukan buat ibu hamil. Acid folic membantu dalam tumbesaran bayi dalam kandungan, kekurangan acid folic buat ibu hamil boleh menyebabkan kematian atau kecatatan kekal bayi.


3. Ostematrix
- Ostematrix ialah vitamin yang digelar sebagai 'sumber' kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Ibu hamil perlu mendapat kalsium yang cukup buat dirinya kerana bayi dalam kandungan juga memerlukan sumber kalsium dalam untuk proses tumbesaran.
- Kekurangan kalsium bagi ibu hamil menyebabkan kalsium untuk penghasilan susu serta kalsium buat si bayi akan di serat dari tubuh si ibu. Sekiranya si ibu tidak menggantikan kalsium tersebut, itu lah yang menyebabkan si ibu mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.


4. Sustained Realesed Vita C Plus
- Vitamin ini membantu dalam penyerapan iron untuk tubuh. Selain itu ia juga berfungsi sebagai antioksida untuk si ibu dan meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan anak. Dalam masa yang sama ia juga meransang penghasilan collagen dalam tubuh dan menjadikan kulit lebih cantik.


5. Vitalea
- Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Zat besi yang terdapat dalam Vitalea dapat membantu membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung akan mengalami kekurangan zat besi dan itu akan mendorong kepada masalah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.
- Selain itu juga zat besi juga membantu meningkatkan bacaan hemoglobin. Oleh itu ibu hamil yang mengalami masalah rendah bacaan hemoglobin rendah boleh amalkan Vitalea.


6. Omega Guard
- DHA dalam Omega Guard membantu dalam perkembangan otak buat janin dan ia juga membantu dalam aspek-aspek lain perkembangan janin. Namun begitu bayi yang belum dilahirkan tidak dapat menghasilkan DHA dengan sendiri oleh itu bayi mendapat sumber DHA daripada si ibu. Oleh itu, ibu hamil di nasihatkan untuk mengambil Omega 3 agar keperluan DHA cukup buat si ibu dan bayi dalam kandungan.

Perkembangan bayi yang sihat merupakan suatu pencapaian yang menggembirakan buat si ibu. Oleh sebab itu saya memilih Shaklee sebagai vitamin harian saya.

Jika anda berminat nak dapatkan set kehamilan sepanjang kehamilan anda boleh la hubungi saya untuk dapatkannya.

Hubungi saya di 0168661018 untuk konsultasi PERCUMA dan order.


No comments:

Post a Comment